Dia Yang Pertama I Ain Jemeran



Penghuni rahimku yang pertama ❤

Sebenarnya ain kira lambat jugaklah nak melekat ni, yelah sebab pjj kan. Tapi tak da lah lama mana, just gab lebih kurang dalam 3-4 buln macam tu kot.

Ain nikah bulan februari 2014, and dapat tukar ke Selayang bulan Julai macam tu. Btw masa tu tak tahu pun pregnant, sebab tak expect pape dan tak mengharapkan pape, sebab target memang nak fokus untuk permohonan bertukar je.

Nak bertukar kan, sibuk mengemas sana sini, angkat tu, angkat ni....Yang paling rare, angkat peti ais dengan husband 😅, dari rumah sewa kat Melaka, usung buat masuk dalam kereta. Lepas tu sampai dekat rumah sewa dekat Ukay Perdana (masa ni duduk jauh, sebab nak cover aggrement abang kat owner rumah) merasalah duk kayangan kejab.

Berbalik pasal peti ais, angkat berdua dari tingkat 1 sampai tingkat 4 💪💪. Alhamdulillah tak ada perkara buruk berlaku, tetap steady je sebab tak tahu pregnant. And kebetulan masa tu masuk bulan ramadhan, so dapatlah berpuasa penuh sebulan.

Tapiiii......sebab period lambat, g lah buat test sendiri and kemudian g klinik. Ambik ko terus mabuk macam apa 😆, orang raya beraya sakan kita duk melepek sebab alergic semua bau-bauan. Berat pun masa tu turun almost 10kg (back tu zaman anak dara).

Masa pregnant Alhamdulillah tak da masalah teruk sangat, bila dah habis mabuk semua back normal dah. Cumanya time pregnant ni, ain kerap hidung berdarah. Tengah buat keje kadang tetibaaaa dia keluar, tenga makan. Bila rujuk doc dia just kata mungkin sebab hormon dan faktor cuaca. So kena banyak minum air masak, dan jangan terlampau dalam korek taik hidung 😅.

Awal Mac 2017, mak dah datang dah dari kampung. Nak temankan orang nak bersalin ni kononnya..hikhik, angadakan?

16. Mac. 2017
Pagi tu konon nak g keje (sebab ain tak da ambik cuti awal sebelum bersalin, bersalin baru cuti) pagi tu mandi, keluar lendir campur darah sikit. So tanyalah kat mak, mak plak sebab dah lama sangat tak jaga orang bersalin, dia pun kalut sama. Sudahnya pukul 9 kteorang dah terpacak kat wad bersalin.

Sincdah daftar nama, dah pakai tag, so korang dah tak boleh keluar daripada kawasan labour room. Berkampunglah kat situ, Mak lah teman, husband g balik rumah sambung tido kejab...hahahaha

So dalam hati dah terdetik, next time tak nak serah diri awal2. And kalau nak tahu pukul 4 petang baru dapat katil, uishhhh macam nak patah weh pinggang duk dekat kerusi menunggu tu. Masa tu jalan baru bukak 4cm.

Ok dah dapat katil, dapatlah berehat sementara nak tunggu contraction. Hsband dengan mak dah balik rumah, dorang pun nak berehat. Lebih kurang lepas isyak, duk rasa contraction macam tak ok ni, tahan lagi....baca surah-surah yang sepatutnya siap wasap tanya kakak semua..hehehe

Lebih kurang pukul 10 lebih, uiiishhhh dah makin kerap ni, nak panggil nurse..eh tetiba loceng tu rosak plak, rasa nak bangun katil je..tapi ishhhk boleh ke jalan ni??

Tetiba kakak bela depan nak g tandas, dia nampak ain macam tak ok, so dia pun offer nak panggilkan nurse. alhamdulillah ada yang baik hati ❤

Dalam nak tunggu nurse sampai, sempat capai baju baby, pakai tudung and call husband bagitahu dah nak bersalin. Nasib baik ruma kitaorang belakang hospital jerr, so tak dalah ambik masa yang lama untuk sampai.

Nurse cek masa tu dah bukak 7cm, sampai labour room terus tukar baju and dorang terus pecahkan air ketuban.

fuhhhhhh..lagi menyegat dia punya contraction Tuhan je tahu.

Agak strugglelah untuk kali pertama, untuk push tu..hahahahaha, kepala dah keluar tapi sangkut dekat bahu..hehehehe

Stelah berhempas pulas, (suami siap cakap, eh baby dah bukak mata...dia tengok abang 😄), lagi semangat nak push!!!!

Ingat balik step, sambil nurse ajar, and dia tolong dengan cara guntingkan sikit tu, alhamdulillah akhirnya keluarlah seketul DHIYAA IRDINA. Fuhhhhhh lega ko.

Gambar dah besar, gambar baby dalam notebook 😅

Bermulalah sesi berpantang dekat kampung, masa tu jaundis teruk dan ain kena bengkak susu beberapa kali jugak, nasib ada mak. Dan mak mertua pun buat air rebusan untuk buat mandi untuk kurangkan jaundis. Alhamdulillah semua ok, lepas sebulan duduk kampung, back to our hutan konkrit semula ✌


Alhamdulillah sekarang dina dah umur 6 tahun, tahun depan dah sekolah rendah....kejab je masa berlalu, sekarang pun adik dah masuk 3..hehehehe






0 comments:

Post a Comment