Fungsi Vitamin C Untuk Kulit Muka Ibu Hamil Cantik dan Berseri | Ain Jemeran

Masalah kulit kusam adalah masalah kulit muka yang selalu dialami oleh semua wanita terutamanya ibu hamil.

Nak ain terangkan lebih terperinci? 

Negara Malaysia berada dalam khatulistiwa panas, sebab itu ia menyebabkan sel kulit mati berlaku pada wajah. Jangan pandang ringan tentang kesihatan kulit, terutama sekali kulit muka, kerana kulit kusam akan menjejaskan penampilan kita dalam jangka masa yang lama jika tidak diatasi segera.

Kulit kita amat perlukan vitamin c untuk buatkan ianya lebih sihat dan bersinar. Bila kekurangan vitamin c maka jerawat senang naik dan juga menyebabkan kulit kusam terjadi.

Sumber terbaik vitamin c terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan. Contoh buah-buahan seperti jambu batu, betik, buah sitrus ( oren dan limau gedang), kiwi dan strawberi, manakala contoh sayur-sayuran yang terdapat vitamin c seperti brokoli dan tomato.

Vitamin c merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen untuk menjadikan wajah lebih berseri. 



Justeru itu, supplement vitamin c perlu diambil secara konsistan bagi membolehkan penghasilan kolagen dapat dihasilkan secara berpanjangan.

Larat ke nak makan buah oren 7.5 biji sehari?

Huiiiii...kalau ain tak sanggup 😅, bukan setakat tekak tak boleh nak masuk dalam kuantiti banyak tu, tapi poket pun boleh nipis sebab terpaksa keluarkan modal nak beli buah oren setiap hari.


Antara kebaikan kebaikan vitamin c untuk kulit cantik berseri seperti berikut;

1. Bertindak sebagai "antioxcidant" yang mana ia menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dan meneutralkn kerosakan yag disebabkan oleh radikal bebas.

2. Penghasilan kolagen terhasil, kerana ia merupakan sejenis protein untuk struktur tubuh kita.

3. Membantu memperbaiki tona kulit kita lebih sekata

4. Mengurangkan garisan-garisan halus pada muka.

5. Membantu menutup dan mengecilkan liang-liang pori serta mengelak daripada ianya tersumbat.

6. Memudarkan parut jerawat.

7. Membantu mengecutkan jerawat.

8. Membantu mencerahkan dan menyerikan lagi kulit agak nampak muda.



Alhamdulillah dah hampir masuk 3 tahun ain consume vitamin c shaklee, memang nampak perbezaan ketara sangat pada kulit terutama muka. Dulu kulit kusam, tona tak sekata, kering dan kadang-kadang naik jerawat yang jenis tak keluar mata tu..adoiiiiii seksa sangat nak bagi dia susut.

Bahagian yang selalu ain naik jerawat adalah kat bawah mulut, area dagu tu 😂

Sekarang dan boleh dikira dengan jari, bila dia naik si jerawat tu..hehehe


taaadaaa...muka sekarang yang lebih confident ☺


Masa ni pregnant anak no 3, maintain skin cantik letup gitu 😁


ni plak muka sekarang, tengah pregnant anak no 4 ✌,Alhamdulillah dah masuk usia kandungan 5 bulan



Jom ibu-ibu hamil kat luar sana, berubah kepada vitamin c yang bersifat organic dan selamat. Sebab badan kita tak boleh menghasilkan vitamin c sendiri. Yang pasti korang mesti jatuh cinta degan vitamin c shaklee ni, bukan sahaja sebab ingredient dia tapi ianya jimaaaaat sangat. Sebotol ada 180biji yang mana boleh tahan selama lebih kurang 6 bulan 😮

Jangan risau buat mereka yang ada gastrik, takut pedih perut ke apa. Sebab vitamin c shaklee ni berasaskn ekstrak jagung, so takkan mengganggu perut korang.

Pembelian dengan ain, ain akan guide korang cara pemakanannya yang betul untuk pastikan kulit korang cantik berseri sepanjang kehamilan.

Ain Jemeran





0 comments:

Post a Comment