Fungsi Life Shake Elderberry I Ain Jemeran

Memperkenalkan product baru masuk ke pasaran Shaklee Malaysia, 

LIFE SHAKE MIXED SOY PROTEIN WITH ELDERBERRY ❤




Sesuatu yang baru, sesuatu yang sangat bagus...sebab ain dah rasa...yummy!!!!!
Alhamdulillah tecalon dalam sesi BLNC 2020 so dapatlah setong life shake ni, jangan jeles eaaa 😄

Life shake ni sama seperti ESP tapi dia lagi umphhhhh sebab ada elderberry sekali dalam tu, so tak payah nak mix dengan buah, just mix dengan susu rendah lemak sudah mencukupi 👌

Ianya kaya dengan PROTEIN, KALSIUM, SERAT, VITAMIN DAN MINERAL. Ditambah pula dengan ekstrak Elderberry jadi ianya lebih kaya, berkrim dan sangat lazat, serta sistem pemanis Reb.M.






Kenapa buah elderberry ni bagus??

Meh ain share manfaat BUAH BERI SUPERRR NI ,

1. Kaya dengan Antioksida
2. Digunakan secara Tradisional untuk melawan simptom demam dan selsema
3. Mempercepatkan pembaikan dan mengurangkan kekerapan demam dan selsema
4. Bersifat Anti-viral untuk meningkatkan daya tahan

Dipenuhi dengan nutrien Antioksidan ( ANTOSIANIN POLIFENOL, ASID FENOLIK, FLAVANOL & MENGANDUNGI VITAMIN A, B & C)

Berbanding buah beri yang lain, Elderberry mempunyai skor ORAC 14,7000 yang sangat tinggi mengeluarkan buah-buahan kaya antioksidan lain berbanding beribiru dan cranberi.

Terbaik kan??? 👍

Bagaimana Elderberry meningkatkan kesihatan imun??

1. MENGHALANG - keupayaan virus untuk melekat dan memasuki sel yang sihat

2. MENINGKATKAN - pengeluaran sitokin yang memainkan peranan penting dalam tindak balas imun terhadap jangkitan virus-virus

3. MELINDUNGI - sel-sel imun dari kerosakan terhadap radikal bebas

4. MERANGSANG - tindak balas imun terhadap jangkitan yang telah berlaku

Life Shake ni sesuai untuk siapa??

> bagi mereka yang ingin meningkatkan daya ketahanan badan

> bagi mereka yang ingin meningkatkan sistem penghadaman

> bagi mereka yang mementingkan kesihatan badan

> Ibu hamil, Ibu berpantang & ibu menyusu juga sesuai sebab ia bagus untuk menguatkan antibodi (ain pun consume jugak ✌, tak ada masalah)

Kalau ada yang berminat nak try dapatkan Life Shake ni, boleh terus whatsapp ain kat link bah tu tau...sebab stok sangatlah limited dan boleh dibeli oleh Leader je...

sooooo jom dapatkan slot korang 


Ain Jemeran



Next
This is the most recent post.
Older Post

2 comments: