Kawan vs Suami



Dari kawan sekolah pada asalnya, akhirnya 01.02.2014 kami selamat diijabkabulkan menjadi suami & isteri ❤

Jodoh kuat, berkawan hampir 8 tahun dan sekarang usia perkahwinan kami dah genap 7 tahun...Alhamdulillah

Dikurniakan 3 orang cahaya mata, semua princess dan inshAllah bulan November ini bakal melahirkan seorang lagi cahaya mata (hope dapat sama tarikh dengan ummi ☺, dan mungkin baby boy kali ni ????)

Sebenarnya, tak kisah pun jantina baby, yang penting dipermudahkan segala urusan semasa proses nak bersalin nanti dan sihat walafiat keduanya...aminnnnnnn

Ain dulu sebelum kawin menetap di Jasin, Melaka. Lepas kawin 2014, pjj sekejab dengan husband kemudian baru dapat pindah ke Selangor & Alhamdulillah jugak masa tu rezeki pregnant yang pertama...nak tahu pengalaman? stay tuned..tunggu next posting pasal anak-anak😍

Maka bermulalah kehidupan hidup di bandar besar, metropolitan. Hari-hari tempuh jem...jem..jem..fuhhhhh

Setelah 5 tahun hidup merantau, kami ambik keputusan untuk BALIK KAMPUNG!!!!!!!!

BATU PAHAT, JOHOR✌

Kenapa kami decide untuk balik kampung?

1. Memikirkan masa depan anak-anak
2. Memikirkan faktor kewangan yang agak struggle setiap bulan
3. Memikirkan tentang parent kat kampung (mak ain ibu tunggal, mother in law plak masa tu baru didiagnos ada sakit jantung, father in law pun tak berapa nak sihat)

Duduk bandar besar ni, bukan boleh nak balik kampung selalu tengok parent😖, so decide ini adalah muktamat and perlu uruskan pertukaran kerja ke kampung dengan segera!!!!

Masa mohon ni, ain tengah tunggu hari nak melahirkan anak ke tiga, tetiba result pertukaran keluar....... "TIDAK DILULUSKAN"

Termenung kejab 😟

Tapi tak patahkan semangat, nasib masa tu dah habis pantang, sediakan dokumen yang sepatutnya...maka pergilah panjat tangga JPN SELANGOR & BAHAGIAN SUMBER MANUSIA kat PUTRAJAYA

ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH

PERMOHONAN LULUS!!!!!😃

 

0 comments:

Post a Comment