Fungsi Life Shake Elderberry I Ain Jemeran

Memperkenalkan product baru masuk ke pasaran Shaklee Malaysia, 

LIFE SHAKE MIXED SOY PROTEIN WITH ELDERBERRY ❤




Sesuatu yang baru, sesuatu yang sangat bagus...sebab ain dah rasa...yummy!!!!!
Alhamdulillah tecalon dalam sesi BLNC 2020 so dapatlah setong life shake ni, jangan jeles eaaa ๐Ÿ˜„

Life shake ni sama seperti ESP tapi dia lagi umphhhhh sebab ada elderberry sekali dalam tu, so tak payah nak mix dengan buah, just mix dengan susu rendah lemak sudah mencukupi ๐Ÿ‘Œ

Ianya kaya dengan PROTEIN, KALSIUM, SERAT, VITAMIN DAN MINERAL. Ditambah pula dengan ekstrak Elderberry jadi ianya lebih kaya, berkrim dan sangat lazat, serta sistem pemanis Reb.M.






Kenapa buah elderberry ni bagus??

Meh ain share manfaat BUAH BERI SUPERRR NI ,

1. Kaya dengan Antioksida
2. Digunakan secara Tradisional untuk melawan simptom demam dan selsema
3. Mempercepatkan pembaikan dan mengurangkan kekerapan demam dan selsema
4. Bersifat Anti-viral untuk meningkatkan daya tahan

Dipenuhi dengan nutrien Antioksidan ( ANTOSIANIN POLIFENOL, ASID FENOLIK, FLAVANOL & MENGANDUNGI VITAMIN A, B & C)

Berbanding buah beri yang lain, Elderberry mempunyai skor ORAC 14,7000 yang sangat tinggi mengeluarkan buah-buahan kaya antioksidan lain berbanding beribiru dan cranberi.

Terbaik kan??? ๐Ÿ‘

Bagaimana Elderberry meningkatkan kesihatan imun??

1. MENGHALANG - keupayaan virus untuk melekat dan memasuki sel yang sihat

2. MENINGKATKAN - pengeluaran sitokin yang memainkan peranan penting dalam tindak balas imun terhadap jangkitan virus-virus

3. MELINDUNGI - sel-sel imun dari kerosakan terhadap radikal bebas

4. MERANGSANG - tindak balas imun terhadap jangkitan yang telah berlaku

Life Shake ni sesuai untuk siapa??

> bagi mereka yang ingin meningkatkan daya ketahanan badan

> bagi mereka yang ingin meningkatkan sistem penghadaman

> bagi mereka yang mementingkan kesihatan badan

> Ibu hamil, Ibu berpantang & ibu menyusu juga sesuai sebab ia bagus untuk menguatkan antibodi (ain pun consume jugak ✌, tak ada masalah)

Kalau ada yang berminat nak try dapatkan Life Shake ni, boleh terus whatsapp ain kat link bah tu tau...sebab stok sangatlah limited dan boleh dibeli oleh Leader je...

sooooo jom dapatkan slot korang 


Ain Jemeran



Continue Reading

Peningkatan Kes Bunuh Diri di Malaysia, Jom Ketahui Punca dan Cara Menanganinya I Ain Jemeran

Sejak dua tiga menjak ni, kita asik dengar je tentang kes bunuh diri. Lagi-lagi kita dimusim pandemik ni, ramai yang dibuang kerja, ramai yang sumber mata pencariannya terjejas, ramai hidup dalam kemurungan, ramai yang hidup dalam kesempitan.




Dua rakyat Malaysia bunuh diri setiap hari, itu bukan satu angka yang diboleh dibanggakan. Mengikut daripada tahun 2019 sehingga Mei 2021, dicatatkan lebih 1700 kes dilaporkan. Statistik 2021 daripada bulan Januari - Jun telah mencatatkan sebanyak 468 kes, dimonopoli dari negeri Selangor.

Sbagai warga yang prihatin, kita sebagai ahli keluarga terdekat atau jiran, kawan-kawan harus sentiasa ambil peduli antara satu sama lain. Sentiasa peka terhadap tindak tanduk mereka yang bermasalah.

Berikut adalah simptom-simptom awal kemurungan yang boleh menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri;

1. Perubahan tingkah laku kepada individu

2. Selalu meluahkan perasaan hilang harapan atau bosan dengan hidup dan merasakan dirinya menjadi beban terhadap keluarga

3. Menyataka keinginan untuk bunuh diri samada secara percakapan atau penulisan


Oleh yang demikian, sebagai masyarakat prihatin kita perlu sentiasa peka terhadap orang sekeliling dan janganlah bersikap pentingkan diri sendiri.


Bagaimana caranya kita nak membantu? 

Menerusi teknik komunikasi berkesan, kita boleh melakukan beberapa langkah, seperti;

1. Sentiasa kekal berhubung dengan mereka.
2. Tidak ambil mudah masalah mereka.
3. Mengambil serius permasalahan yang dihadapi mereka.
4. Membantu mereka dalam urusan seharian, agar mereka tidak merasa besendirian.
5. Luang masa dengar masalah mereka.
6. Galakkan mereka untuk berjumpa dengan pakar atau membuat sesi kanseling.
7. Sentiasa bersimpati dengan mereka.

Selain menjaga emosi dan sentiasa take care pasal dorang, macam ain yang juga pengamal dan juga mejual product kesihatan, ain syorkan untuk consume B-COMPLEX. Kenapa B-COMPLEX?

Ia mengandungi 8 vitamin B didalamnya iaitu, VITAMIN B1, VITAMIN B2, VITAMIN B3, VITAMIN B5, VITAMIN B12, juga mengandungi asid folik dan 100% Biotin.

Yang mana boleh dikaitkan untuk mengawal stress?
ianya terkandung dalam VITAMIN B5, yang bertindak mengurangkan stress fizikal dan mental.



Pemakanan suplement ni sekadar untuk mengawal kadar stress fizikal dan mental kita supaya tidak bertambah buruk. Selebihnya bergantung kepada diri sendiri untuk bebaskan diri dari belanggu stress. Selain daripada itu dekatkan diri selalu kepada Allah, berzikir, mengaji supaya diri menjadi lebih tenang dan tidak bertindak untuk membuat sesuatu perkara yang tidak elok.

Untuk pertanyaan berkenaan supplement shaklee, boleh terus whatsapp ain. Inshallah ain akan guide cara yang betul.

Ain Jemeran

whatsapp me



Continue Reading

Form Zero To Hero I Ain Jemeran


Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Setelah berkali-kali percubaan, jatuh bangun tersungkur akhirnya berjaya pecahkan tembok, keluarkan harimau dalam diri dan melangkah tangga pertama dalam biz Shaklee.

Masa ni PKP1.0, memang ain all out...sementara duduk rumah tak boleh keluar ke mana. Alhamdulillah dipermudahkan dengan bantuan my beloved mentor, Master Aya Zuki ❤

Jaga mindset, jaga semuanya..semua diperkenan Allah dan dipermudahkan.

Lebih kurang setahun lebih ain berjuang, akhirnya dapat jugak perfom as a leader. Dalam masa setahun tu, sebenarnya banyak bermain dengan emosi, tak fokus, ambik mudah and tak buat apa yang mentor suruh. Sudahnya, duk tang situ je tak bergerak ๐Ÿ˜„

Sibuk pergi fokus benda lain (masa ni ain buat biz lain jugak, jadi dropship chocojar member, buat chocojar sendiri, and yang paling rare buat kerepek pisang tanduk sendiri kat rumah ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช)

Siang memang fokus kerja atau time lunch and balik kerja uruskan cod barang-barang. Balik keje sampai rumah, main dengan anak-anak kejab, dah sibuk nak masak makan malam, lepas magrib je dah start dah panaskan kuali.

Duduk rumah kecik tu, memang panas lagi bahang kuali kan. Dengan anak-anak kecik, nasib kat dapur ada pagar, so tak dalah dorang terlepas.

Sehari mesti kena buat at least 20 biji/setandan kalau mampu. Permintaan alhamdulillah ada, cuma....PENAT!!!!!!!

Malam sebelum tidur ain akan cairkan coklat siap-siap, and pagi sebelum subuh dah bangun untuk packing dalam bekas kecik-kecik letak kat kantin sekolah. Kerepek pisang pun sama, packing kecik-kecik, kalau ada permintaan nak packing besar baru buatkan.

Begitulah seharian rutin, lepas tu terdetik dalam hati...kan bagus kalau fokus satu biz jerrr dan ianya long term! Boleh diwariskan dekat anak-anak, tak dalah kehidupan dorang nati terabai. Tingggggg..terus teringat biz SHAKLEE, baru teringat betapa ruginya sia-siakan.

So ain stop segala macam biz kecik-kecik ni, dan terus apply sungguh-sungguh. Alhamdulillah ini yang dicapai untuk bulan seterusnya. 



Continue Reading

Dia Yang Pertama I Ain Jemeran



Penghuni rahimku yang pertama ❤

Sebenarnya ain kira lambat jugaklah nak melekat ni, yelah sebab pjj kan. Tapi tak da lah lama mana, just gab lebih kurang dalam 3-4 buln macam tu kot.

Ain nikah bulan februari 2014, and dapat tukar ke Selayang bulan Julai macam tu. Btw masa tu tak tahu pun pregnant, sebab tak expect pape dan tak mengharapkan pape, sebab target memang nak fokus untuk permohonan bertukar je.

Nak bertukar kan, sibuk mengemas sana sini, angkat tu, angkat ni....Yang paling rare, angkat peti ais dengan husband ๐Ÿ˜…, dari rumah sewa kat Melaka, usung buat masuk dalam kereta. Lepas tu sampai dekat rumah sewa dekat Ukay Perdana (masa ni duduk jauh, sebab nak cover aggrement abang kat owner rumah) merasalah duk kayangan kejab.

Berbalik pasal peti ais, angkat berdua dari tingkat 1 sampai tingkat 4 ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช. Alhamdulillah tak ada perkara buruk berlaku, tetap steady je sebab tak tahu pregnant. And kebetulan masa tu masuk bulan ramadhan, so dapatlah berpuasa penuh sebulan.

Tapiiii......sebab period lambat, g lah buat test sendiri and kemudian g klinik. Ambik ko terus mabuk macam apa ๐Ÿ˜†, orang raya beraya sakan kita duk melepek sebab alergic semua bau-bauan. Berat pun masa tu turun almost 10kg (back tu zaman anak dara).

Masa pregnant Alhamdulillah tak da masalah teruk sangat, bila dah habis mabuk semua back normal dah. Cumanya time pregnant ni, ain kerap hidung berdarah. Tengah buat keje kadang tetibaaaa dia keluar, tenga makan. Bila rujuk doc dia just kata mungkin sebab hormon dan faktor cuaca. So kena banyak minum air masak, dan jangan terlampau dalam korek taik hidung ๐Ÿ˜….

Awal Mac 2017, mak dah datang dah dari kampung. Nak temankan orang nak bersalin ni kononnya..hikhik, angadakan?

16. Mac. 2017
Pagi tu konon nak g keje (sebab ain tak da ambik cuti awal sebelum bersalin, bersalin baru cuti) pagi tu mandi, keluar lendir campur darah sikit. So tanyalah kat mak, mak plak sebab dah lama sangat tak jaga orang bersalin, dia pun kalut sama. Sudahnya pukul 9 kteorang dah terpacak kat wad bersalin.

Sincdah daftar nama, dah pakai tag, so korang dah tak boleh keluar daripada kawasan labour room. Berkampunglah kat situ, Mak lah teman, husband g balik rumah sambung tido kejab...hahahaha

So dalam hati dah terdetik, next time tak nak serah diri awal2. And kalau nak tahu pukul 4 petang baru dapat katil, uishhhh macam nak patah weh pinggang duk dekat kerusi menunggu tu. Masa tu jalan baru bukak 4cm.

Ok dah dapat katil, dapatlah berehat sementara nak tunggu contraction. Hsband dengan mak dah balik rumah, dorang pun nak berehat. Lebih kurang lepas isyak, duk rasa contraction macam tak ok ni, tahan lagi....baca surah-surah yang sepatutnya siap wasap tanya kakak semua..hehehe

Lebih kurang pukul 10 lebih, uiiishhhh dah makin kerap ni, nak panggil nurse..eh tetiba loceng tu rosak plak, rasa nak bangun katil je..tapi ishhhk boleh ke jalan ni??

Tetiba kakak bela depan nak g tandas, dia nampak ain macam tak ok, so dia pun offer nak panggilkan nurse. alhamdulillah ada yang baik hati ❤

Dalam nak tunggu nurse sampai, sempat capai baju baby, pakai tudung and call husband bagitahu dah nak bersalin. Nasib baik ruma kitaorang belakang hospital jerr, so tak dalah ambik masa yang lama untuk sampai.

Nurse cek masa tu dah bukak 7cm, sampai labour room terus tukar baju and dorang terus pecahkan air ketuban.

fuhhhhhh..lagi menyegat dia punya contraction Tuhan je tahu.

Agak strugglelah untuk kali pertama, untuk push tu..hahahahaha, kepala dah keluar tapi sangkut dekat bahu..hehehehe

Stelah berhempas pulas, (suami siap cakap, eh baby dah bukak mata...dia tengok abang ๐Ÿ˜„), lagi semangat nak push!!!!

Ingat balik step, sambil nurse ajar, and dia tolong dengan cara guntingkan sikit tu, alhamdulillah akhirnya keluarlah seketul DHIYAA IRDINA. Fuhhhhhh lega ko.

Gambar dah besar, gambar baby dalam notebook ๐Ÿ˜…

Bermulalah sesi berpantang dekat kampung, masa tu jaundis teruk dan ain kena bengkak susu beberapa kali jugak, nasib ada mak. Dan mak mertua pun buat air rebusan untuk buat mandi untuk kurangkan jaundis. Alhamdulillah semua ok, lepas sebulan duduk kampung, back to our hutan konkrit semula ✌


Alhamdulillah sekarang dina dah umur 6 tahun, tahun depan dah sekolah rendah....kejab je masa berlalu, sekarang pun adik dah masuk 3..hehehehe






Continue Reading

Fungsi Vitamin C Untuk Kulit Muka Ibu Hamil Cantik dan Berseri | Ain Jemeran

Masalah kulit kusam adalah masalah kulit muka yang selalu dialami oleh semua wanita terutamanya ibu hamil.

Nak ain terangkan lebih terperinci? 

Negara Malaysia berada dalam khatulistiwa panas, sebab itu ia menyebabkan sel kulit mati berlaku pada wajah. Jangan pandang ringan tentang kesihatan kulit, terutama sekali kulit muka, kerana kulit kusam akan menjejaskan penampilan kita dalam jangka masa yang lama jika tidak diatasi segera.

Kulit kita amat perlukan vitamin c untuk buatkan ianya lebih sihat dan bersinar. Bila kekurangan vitamin c maka jerawat senang naik dan juga menyebabkan kulit kusam terjadi.

Sumber terbaik vitamin c terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan. Contoh buah-buahan seperti jambu batu, betik, buah sitrus ( oren dan limau gedang), kiwi dan strawberi, manakala contoh sayur-sayuran yang terdapat vitamin c seperti brokoli dan tomato.

Vitamin c merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen untuk menjadikan wajah lebih berseri. 



Justeru itu, supplement vitamin c perlu diambil secara konsistan bagi membolehkan penghasilan kolagen dapat dihasilkan secara berpanjangan.

Larat ke nak makan buah oren 7.5 biji sehari?

Huiiiii...kalau ain tak sanggup ๐Ÿ˜…, bukan setakat tekak tak boleh nak masuk dalam kuantiti banyak tu, tapi poket pun boleh nipis sebab terpaksa keluarkan modal nak beli buah oren setiap hari.


Antara kebaikan kebaikan vitamin c untuk kulit cantik berseri seperti berikut;

1. Bertindak sebagai "antioxcidant" yang mana ia menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dan meneutralkn kerosakan yag disebabkan oleh radikal bebas.

2. Penghasilan kolagen terhasil, kerana ia merupakan sejenis protein untuk struktur tubuh kita.

3. Membantu memperbaiki tona kulit kita lebih sekata

4. Mengurangkan garisan-garisan halus pada muka.

5. Membantu menutup dan mengecilkan liang-liang pori serta mengelak daripada ianya tersumbat.

6. Memudarkan parut jerawat.

7. Membantu mengecutkan jerawat.

8. Membantu mencerahkan dan menyerikan lagi kulit agak nampak muda.



Alhamdulillah dah hampir masuk 3 tahun ain consume vitamin c shaklee, memang nampak perbezaan ketara sangat pada kulit terutama muka. Dulu kulit kusam, tona tak sekata, kering dan kadang-kadang naik jerawat yang jenis tak keluar mata tu..adoiiiiii seksa sangat nak bagi dia susut.

Bahagian yang selalu ain naik jerawat adalah kat bawah mulut, area dagu tu ๐Ÿ˜‚

Sekarang dan boleh dikira dengan jari, bila dia naik si jerawat tu..hehehe


taaadaaa...muka sekarang yang lebih confident ☺


Masa ni pregnant anak no 3, maintain skin cantik letup gitu ๐Ÿ˜


ni plak muka sekarang, tengah pregnant anak no 4 ✌,Alhamdulillah dah masuk usia kandungan 5 bulan



Jom ibu-ibu hamil kat luar sana, berubah kepada vitamin c yang bersifat organic dan selamat. Sebab badan kita tak boleh menghasilkan vitamin c sendiri. Yang pasti korang mesti jatuh cinta degan vitamin c shaklee ni, bukan sahaja sebab ingredient dia tapi ianya jimaaaaat sangat. Sebotol ada 180biji yang mana boleh tahan selama lebih kurang 6 bulan ๐Ÿ˜ฎ

Jangan risau buat mereka yang ada gastrik, takut pedih perut ke apa. Sebab vitamin c shaklee ni berasaskn ekstrak jagung, so takkan mengganggu perut korang.

Pembelian dengan ain, ain akan guide korang cara pemakanannya yang betul untuk pastikan kulit korang cantik berseri sepanjang kehamilan.

Ain Jemeran





Continue Reading

Posting kedua



Sambung......dari part 1 ✌

Maka bermulalah kerjaya ain sebagai Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas, kali ni disekolah menengah pulak

Mula-mula takut....hishhhh, macam mana lah nak handle budak-budak besar ni??? Dorang ni boleh ke dengar cakap??? Melawan ke apa, yelah budak dah besar kan....

Tapi Alhamdulillah, lagi senang nak jaga walau kadang degil lah jugak sikit ๐Ÿ˜‚

Tapi dorang dan anggap ain macam kakak dorang je, and ain anggap dorang macam adik-adik, kalau buat salah memang kena luku...๐Ÿ˜†

Bila jaga budak sekolah menengah ni, bermacam aktiviti luar bilik darjah yang dorang kena buat, kat sini kteorang buat projek;

- Bela ikan keli
- Tanam pokok limau kasturi
- Tanam pokok rozel
- Tanam pokok kangkung
- Carwash

Siapa pelanggan? cikgu-cikgu satu sekolah, packing siap-siap and akan berjalan satu sekolah pergi menjual

Alhamdulillah sambutan sangat baik, sampai tak menang tangan sampai

Selain daripada tu, ada projek jualan jugak dijalankan, antaranya menjual;

- Otak-otak
- Kerepek
- Aiskrim malaysia
- Jagung rebus
- Keropok lekor
dan banyakkkkkkk lagi 

Alhamdulillah hasil kteorang dapat pasang grill terbuka untuk bilik jualan, boleh beli peti ais freezer yang besar dan boleh support kteorang pegi berjalan ☺

Time ni rajin kteorng berjalan, setiap tahun...

- Kelantan
- Terengganu
- Pahang
- Perak
- Kuala Lumpur
- Selangor
- Melaka
- Johor

Suka dengan semua kat sini, tapiiiiiiii...terpaksa jugak mohon pindah๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Sebab apa???
Pindah lagi??
Stay tunedddd....

 

Continue Reading

Product Available








ESP
 . ESP IN SACHET . CINCH VANILLA . CINCH CHOCOLATE . CINCH LATTE. PERFORMANCE DRINK ORANGE . PERFORMANVE DRINK LEMON LIME . VITAMIN C . OMEGA GUARD . OSTEMATRIX . B-COMPLEX . VITALEA KIDS . ALFALFA LARGE . ALFALFA SMALL . ZINC PLUS . COQTROL . GLA COMPLEX . CORATOMAX . HERBLAX . VIVIX . PHYTACOL . DTX COMPLEX .

HERBAL BLEND . YOUTH CLEANSER . YOUTH TONER . YOUTH SPF50 . YOUTH MOISTURE LOCK . YOUTH NIGHT CREAM LIGHT. YOUTH NIGHT CREAM RIGHT . RADIANCE . YOUTH CLAY MASK . YOUTH GOLD MASK . YOUTH SERUM . YOUTH EYE TREATMENT .


FRESH LAUNDRY . BASIC H . HAND WASH .


SHAMPOO . HAIR SERUM

Continue Reading

Dari mata turun ke hati

 


Mana kenal shaklee ni?

kalau ikut sebenarnya ain dah lama dah kenal, start 2008 masa tu ada kawan ajak join jadi ahli...pengaruh rakan sebaya katanya ๐Ÿ˜„, so mendatarlah kita

Masa tu memang tak da guide line untuk cari income lebih, just sekadar suka-suka...yang jadi pelanggan tetap masa tu kakak ๐Ÿ˜‚, tiap bulan dia membeli belah untuk target kurus katanya...

lepas tu...apa jadi dengan keahlian...SEPIIIIIII

Next kali kedua plak join as member, yang ni atas bimbingan along ain..pun just buat suka-suka sebab nak tolong dia, tapi mungkin team yg dia join tak tekankan teamwork and marketing, just follow the flow..so mati lagilah keahlian tu๐Ÿ˜œ

Tapi segalanya bermula bila ain follow seseorang dalam facebook, dia ni berniaga macam-macam..muda lagi, masa tu dia belum kawin...setiap apa yang dia jual mesti tertarik nak beli...hahaha

terpengaruh betul..tapi tengok dia punya komited marketing, copywrting dia yang sangat padu sampai boleh buat income tepi, sampai kita pun jadi wahhhhhhhhh hebat betul budak ni

Penghujung 2018, tetiba ain ternampak posting dia yang mengatakan dia dah join biz shaklee, terus terimbau kenangan lama...dan yang lagi excited, bila bulan tu jugak dia berjaya rank up SUPERVISOR!!! HEBATNYA KAMU

Apalagi, ain memang tengah mencari side income untuk family...yelah duduk bandar metropolitan ni, segalanya perlukan duit.....๐Ÿ˜ซ

Terus je wasap mentor ain ni dan register terus, walaupun pada mulanya macam susah je tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar...dan secara rasmi Januari 2019 I'AM SHAKLEE DISTRIBUTOR❤


Continue Reading

Kawan vs Suami



Dari kawan sekolah pada asalnya, akhirnya 01.02.2014 kami selamat diijabkabulkan menjadi suami & isteri ❤

Jodoh kuat, berkawan hampir 8 tahun dan sekarang usia perkahwinan kami dah genap 7 tahun...Alhamdulillah

Dikurniakan 3 orang cahaya mata, semua princess dan inshAllah bulan November ini bakal melahirkan seorang lagi cahaya mata (hope dapat sama tarikh dengan ummi ☺, dan mungkin baby boy kali ni ????)

Sebenarnya, tak kisah pun jantina baby, yang penting dipermudahkan segala urusan semasa proses nak bersalin nanti dan sihat walafiat keduanya...aminnnnnnn

Ain dulu sebelum kawin menetap di Jasin, Melaka. Lepas kawin 2014, pjj sekejab dengan husband kemudian baru dapat pindah ke Selangor & Alhamdulillah jugak masa tu rezeki pregnant yang pertama...nak tahu pengalaman? stay tuned..tunggu next posting pasal anak-anak๐Ÿ˜

Maka bermulalah kehidupan hidup di bandar besar, metropolitan. Hari-hari tempuh jem...jem..jem..fuhhhhh

Setelah 5 tahun hidup merantau, kami ambik keputusan untuk BALIK KAMPUNG!!!!!!!!

BATU PAHAT, JOHOR✌

Kenapa kami decide untuk balik kampung?

1. Memikirkan masa depan anak-anak
2. Memikirkan faktor kewangan yang agak struggle setiap bulan
3. Memikirkan tentang parent kat kampung (mak ain ibu tunggal, mother in law plak masa tu baru didiagnos ada sakit jantung, father in law pun tak berapa nak sihat)

Duduk bandar besar ni, bukan boleh nak balik kampung selalu tengok parent๐Ÿ˜–, so decide ini adalah muktamat and perlu uruskan pertukaran kerja ke kampung dengan segera!!!!

Masa mohon ni, ain tengah tunggu hari nak melahirkan anak ke tiga, tetiba result pertukaran keluar....... "TIDAK DILULUSKAN"

Termenung kejab ๐Ÿ˜Ÿ

Tapi tak patahkan semangat, nasib masa tu dah habis pantang, sediakan dokumen yang sepatutnya...maka pergilah panjat tangga JPN SELANGOR & BAHAGIAN SUMBER MANUSIA kat PUTRAJAYA

ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH

PERMOHONAN LULUS!!!!!๐Ÿ˜ƒ

 

Continue Reading